Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 20, 2014

No Comment

WASHINGTON – Presiden Barack Obama memberitahu Russia bahawa “kuat tidak bermakna benar” tetapi menolak sebarang tindakan tentera AS di Ukraine.

Dalam satu temubual dengan stesen NBC California KNSD, Obama berkata Russia sudah mencabuli kedaulatan negara lain dengan memasuki wilayah Ukraine, Crimea.

Namun beliau mengulangi bahawa “kami tidak akan terbabit dalam tindakan ketenteraan di Ukraine”.

“Apa yang akan kami lakukan ialah menggerakkan sumber diplomatik untuk memastikan kami memiliki pakatan antarabangsa yang kuat bagi menyatakan mesej jelas.

“Kuat tidak bermakna benar. Kami akan terus meningkatkan tekanan ke atas Russia ketika ia terus mengikuti dasarnya sekarang,” kata Obama- AFP

0 comments:

Post a Comment