Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

Semalam, ratusan individu daripada orang biasa dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di luar Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendengar keputusan kalimah Allah yang dirayu penggunaannya oleh Gereja Katolik.

Kesemua umat Islam ini bersatu bagi menyatakan pendirian bahawa kalimah Allah tidak patut digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka yang bukan Islam.

Bagaimanapun berbeza daripada mereka yang berkumpul di luar mahkamah, Datin Paduka Marina Mahathir dan kumpulannya menyatakan pendirian berlainan.


Dalam bilangan yang jauh lebih kecil, Marina dan kumpulannya memegang sepanduk yang antaranya bertulis “We are all Allah’s Children”, “We are brothers and sisters” dan “We all answer to Allah” di Pusat Beli Belah Bangsar Village.


Kemudian sambil tersenyum, Marina dan kumpulannya turut mengedarkan bunga dan belon berwarna ungu kepada pengunjung yang lalu berhampiran.


Menurut kenyataan Marina yang disiarkan The Malay Mail Online, pertelingkahan berkaitan kalimah Allah dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang agama adalah sesuatu yang disifatkannya sebagai ‘silly’ dan membuang masa.

Dalam pada itu, Mahkamah Persekutuan semalam mengumumkan penangguhan keputusan berhubung permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguannya, ‘The Herald’ daripada menggunakan kalimah Allah.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh hakim, berkata mahkamah menangguhkan keputusannya sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Terdahulu, panel itu mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili gereja itu, enam majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) di samping penghujahan daripada peguam kanan persekutuan mewakili Menteri Dalam Negeri. - REM RAMZI

Sumber: YAHOO! MALAYSIA / THE MALAY MAIL

0 comments:

Post a Comment