Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

SEREMBAN – Satu objek dipercayai janin bayi ditemui seorang tukang sapu di sebuah kilang dekat Senawang, di sini, semalam.

Wanita berusia 40-an itu dikatakan sedang mahu membersihkan tandas pekerja kilang kira-kira 8.30 pagi dan terkejut apabila menemui satu objek berlumuran darah yang telah dibuang ke dalam lubang tandas.

Pelik melihat objek itu, dia menghampirinya sebelum mendapati ia adalah janin.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, berikutan penemuan itu, wanita itu terus memaklumkan kepada pengurusnya sebelum membuat laporan polis.

“Bertindak atas laporan, satu pasukan polis dan forensik dikejarkan ke lokasi penemuan untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis mengesahkan ia janin bayi lelaki cukup sifat berusia lingkungan enam bulan yang dibuang dalam lubang tandas dipercayai bagi menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Menurutnya, janin itu terbabit kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat. 

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek,” katanya. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment