Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) sudah dihantar ke lokasi penemuan objek besar yang dikesan satelit China di Laut China Selatan.

“Pesawat Bombardier sudah dihantar ke lokasi berkenaan bagi menyiasat dakwaan objek besar yang dijumpai satelit China,” katanya menerusi akaun Twitternya.

Langkah itu dibuat pada hari keenam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di dalamnya.

China berkata, pihaknya mengesan objek besar menerusi satelit yang ditemui pada Ahad lalu. – AFP

0 comments:

Post a Comment