Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

MARAN – Penduduk Kampung Luit dekat sini bimbang akan keselamatan mereka ketika keluar menoreh getah berikutan dakwaan terdapat seekor harimau belang berkeliaran di ladang getah berhampiran Hutan Simpan Temelong sejak bulan lepas.

Kehadiran ‘pak belang’ itu menyebabkan beberapa peserta tanaman getah berkelompok Ladang Tanah Pinggir Aur Gading yang melibatkan 49 peserta dengan keluasan 400 ekar itu takut untuk menoreh kerana trauma.

Dalam kejadian terbaharu pada minggu lepas, seorang penduduk, Mohd Yassin Logam, 83, mendakwa ‘disergah’ harimau berkenaan dalam jarak kurang 10 meter.

Menurutnya, dia keluar sendirian menoreh getah seawal jam 9 pagi dan berehat seketika selepas selesai beberapa baris pokok.

“Saya menyandar pada sebatang anak pokok kelapa dengan kaki di tempat duduk motosikal di tepi jalan.

“Tidak lama kemudian, seorang rakan menunggang motosikal melalui jalan tersebut dan apabila nampak saya sedang berehat, dia menyapa kuat.

“Sebaik sahaja rakan saya menyapa, tiba-tiba bunyi ngauman datang dari sebelah bawah bukit, saya yakin itu harimau dan betul-betul dekat dengan saya,” katanya.

Menyedari dirinya dalam bahaya, Mohd Yassin segera menghidupkan motosikal sebelum bergegas beredar dari kawasan tersebut.

Pada satu kejadian terdahulu pada hujung Februari lepas, seorang wanita mendakwa terserempak dengan seekor harimau belang ketika sedang menoreh getah bersama suami.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, wanita tersebut cuba melarikan diri selepas bertentang mata dengan harimau terbabit namun terjatuh akibat kaki tersadung akar pokok.

Menyedari kehadiran suami wanita itu datang untuk menyelamatkan, harimau tersebut berlalu pergi tanpa menunjukkan sebarang tanda terancam.

Seorang penduduk, Ghani Midun, 53, berkata, pasangan suami isteri tersebut merupakan penduduk yang mengambil upah menoreh di ladangnya dan menceritakan detik cemas itu.

“Ladang kami bersebelahan hutam simpan dan terdapat aliran paya di mana harimau berkenaan dipercayai mendapatkan sumber air.

“Cucu kepada Mohd Yassin sudah memaklumkan kepada Jabatan Perhilitan dan ada kakitangan datang namun tiada jejak yang jelas bagi membuktikan kehadiran harimau itu,” katanya. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment