Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

ADALAH lumrah untuk kita melihat para pemandu bertekak di tepi jalan kerana kesilapan dalam pemanduan di jalan raya.

Dalam video yang kami kongsikan ini, satu perang mulut telah tercetus antara seorang anggota tentera dengan seorang awam yang tidak diketahui punca sebenarnya.

Sekali lihat, mungkin anggota tentera itu kelihatan baran kerana membawa sebatang ‘steering lock’ ketika menghampiri kereta pemandu tersebut.

Bagaimanapun, menerusi komen yang diterima, mereka rata-rata bersetuju dengan tindakan anggota tentera tersebut kerana awal-awal lagi dia sudah memberitahu tujuannya membawa ‘steering lock’ tersebut.

Walaupun dilihat meninggikan suara, dia dilihat masih cuba mengawal kemarahannya berbanding pemandu yang seorang lagi yang dilihat cuba membuat provokasi secara berlebih-lebihan.


Apa pun, kami tetap merasakan pergaduhan bukanlah perkara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Bawalah beristighfar kerana itu lebih baik untuk meredakan ‘kepanasan’ di hati.


0 comments:

Post a Comment