Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

Pelakon kelahiran program realiti Anak Wayang, Hairi Safwan, mengakui dia bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya, Fara Afiza Azman, 24, pada 22 Mac ini.

Menurut aktor ini lagi, majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Kepala Batas, Pulau Pinang sementara majlis resepsi akan berlangsung pada 7 Jun depan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.

Hairi, 26, juga mendedahkan dia masih lagi belajar serba sedikit tentang ilmu agama bagi memperlengkapkan dirinya sebagai seorang suami yang dapat membimbing isteri ke arah kebaikan.

“Daripada persediaan mental, Alhamdulillah, saya masih mempelajari ilmu agama dan tafsir Al-Quran kerana saya mengaku saya masih jahil.

“Penting untuk saya sebagai bakal ketua keluarga mempersiapkan diri dengan ilmu agama,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.

Tahniah diucapkan buat Hairi dan pasangan, semoga masjid yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment