Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

SEBELUM ini, laporan media antarabangsa, The Mirror pernah menyebut, isteri dan tiga anak Kapten Zaharie telah berpindah keluar dari rumah mereka sehari sebelum kehilangan pesawat MH370.

Ia sedikit sebanyak dilihat cuba untuk mengaitkan andaian sebuah lagi akhbar tabloid, Daily Mail bahawa insiden itu ada kaitannya dengan kecenderungan politik Zaharie sebelum ini.

Bagaimanapun, menerusi Sinar Harian hari ini, dakwaan The Mirror itu sama sekali tidak benar.

Menurut sumber terdekat keluarga itu, mereka sebenarnya berkumpul di rumah anak sulung Zaharie di Subang.

“Beliau (isteri) sering berulang alik antara Shah Alam dan Subang apabila suaminya terbang.

“Kebanyakan masa dihabiskan di Subang dan hanya akan pulang ke rumah sekiranya kapten bercuti. Rumah ini boleh dikatakan sebagai rumah persinggahan untuk ahli keluarga berkumpul,” ujar sumber itu.

Spekulasi yang dibuat oleh media antarabangsa ini nyata mengecewakan dan menjejaskan emosi keluarga Zaharie kerana ia seolah-olah memberi tanggapan buruk kepada mereka sedangkan belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara itu.

Laporan Sinar Harian turut menyebut, kediaman Zaharie di Laman Seri, Shah Alam berkunci rapat dan kini dikawal ketat oleh pihak pengurusan.

Usaha untuk menemubual wanita yang dipercayai pembantu rumah keluarga itu juga tidak berjaya.


Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment