Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd (Proton) akan mengeluarkan kereta Hybrid menjelang akhir tahun ini, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri berkata namun begitu, status membabitkan pengeluaran dan jualan kepada umum hanya akan dimaklumkan kemudian.

“Status jualan (harga) dan jumlah pengeluaran belum dimaklumkan lagi kepada kami, tapi Proton telah memberi jaminan kereta tersebut akan dikeluarkan mereka akhir tahun ini”.

“Kita yakin dan percaya, Proton akan menepati perjanjian yang telah dipersetujui selama ini dalam mengeluarkan kereta tersebut,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR-Gombak) yang ingin tahu status terkini kereta terbabit.

Hamim turut menjelaskan prototaip kereta tersebut telah siap dibangunkan Proton dan ia adalah satu kemajuan dalam industri automotif negara.

Katanya kejayaan tersebut seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadi hab pengeluar dan penjual satu hari nanti dengan sasaran untuk mengeluarkan kira-kira enam juta kereta jenis Hybrid dan Elektrik.

Mengenai kereta elektrik, Hamim berkata perancangan masih berjalan lancar dan menepati sasaran untuk dikeluarkan pada akhir 2015.

Sebelum ini Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dilaporkan sebagai berkata pengeluar kereta nasional itu sedang mencari kaedah inovatif dalam mengeluarkan dan memasarkan kereta jenis terbabit. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment