Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

IPOH – Seorang lelaki dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada 2009.

Hakim Norhayati Mat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap penganggur berumur 21 tahun itu.

Mengikut pertuduhan, ketika kejadian lelaki terbabit berusia 16 tahun didakwa mencabul mangsa yang diasuh ibunya.

Kejadian dilakukan antara 1.30 tengah hari dan 5.30 petang di rumah tertuduh di Seri Manjung pada 7 Jan 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamed Yasser Mohd Nasri manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment