Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan yakin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akan dibuka pada 2 Mei ini seperti yang dijadualkan.

Pemangku Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menafikan dakwaan bahawa 65 peratus daripada bangunan terminal KLIA 2 gagal dalam pemeriksaan keselamatan.

Beliau berkata satu pemeriksaan keselamatan yang dijalankan pada Januari lepas mendapati kerja perparitan dan jalan masih belum siap sepenuhnya selain berlaku keretakan paip pembentungan akibat mendapan tanah.

“Namun pada 27 Feb 2014, satu pemeriksaan susulan dijalankan dan mendapati kerja perparitan dan jalan telah siap sepenuhnya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Hishammuddin menjelaskan kerja pembentungan pula masih dilaksanakan dan akan siap April ini.

Pua dalam soalannya ingin tahu sama ada pembukaan KLIA 2 akan ditunda kerana menurut laporan pihak berkuasa 65 peratus bangunan terminal tidak lulus pemeriksaan keselamatan.

KLIA2 sebelum ini dijadual dibuka pada 30 April sebelum ditunda kepada 2 Mei. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment