Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengeluar kondom tempatan, Karex Bhd, akan membelanjakan kira-kira RM80 juta untuk membina sebuah kilang baharu di Pontian menjelang akhir 2014 sebagai sebahagian daripada rancangan peluasannya.

Syarikat itu mempunyai kilang di Pelabuhan Klang dan Hat Yai di Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Goh Miah Kiat, berkata kilang baharu yang akan dibina di atas tapak seluas 7.28 hektar itu, dijadualkan siap menjelang akhir tahun.

Beliau berkata kesedaran yang semakin meningkat tentang pentingnya penggunaan kondom dan penduduk dunia yang semakin bertambah merupakan sebab-sebab utama permintaan meningkat pada masa akan datang.

Tahun lepas, sejumlah 22.8 bilion helai kondom dijual, katanya sambil menambah, angka yang membanggakan ini menunjukkan permintaan semakin meningkat.

Pada masa ini, kumpulan itu mempunyai kapasiti tergabung untuk mengeluarkanempat bilion helai kondom.

“Kami menyasarkan untuk mencapai kapasiti pengeluaran enam bilion helai menjelang akhir 2015,” kata Goh kepada Bernama selepas mesyuarat agung luar biasa syarikat itu.

Beliau berkata Karex, yang menguasai 10 peratus agihan pasaran kondom dunia, dijangka mencapai pertumbuhan yang baik tahun ini.

Karex Bhd melaporkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM14.94 juta dan pendapatan sebanyak RM82.2 juta dalam suku kedua berakhir 31 Dis, 2013.

Prestasi kewangan yang kukuh ini disokong oleh jumlah jualan kondom yang lebih tinggi ekoran siapnya kapasiti yang baru dipasang di kilang-kilang pembuatannya, kata beliau.

Goh berkata mengekalkan harga yang berdaya saing bagi kondom akan menjadi cabaran utama yang dihadapi oleh kumpulan itu kerana kos pengeluaran semakin meningkat.

Oleh sebab produk Karex dieksport ke lebih 110 negara, kata Goh, kumpulan itu amat ingin memperluaskan pembuatan jenamanya sendiri.

Bagi enam bulan berakhir 31 Dis, 2013 itu, Karex mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM27.37 juta daripada RM17.96 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala pendapatannya bertambah kepada RM147.58 juta berbanding RM118.69 juta sebelumnya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment