Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menjelaskan misi mencari dan menyelamat penumpang serta krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih diketuai oleh Malaysia.

Kedutaan AS di Malaysia dalam satu kenyataan media menjelaskan, AS pula membantu misi tersebut atas permintaan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia sebelum ini.

“Atas permintaan kerajaan Malaysia, AS menyediakan bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat serta penyiasatan yang lebih meluas ke atas kehilangan pesawat MH370.

“Pakar daripada AS memberi sokongan penting untuk analisis, teknikal dan inovatif yang dilakukan untuk mengecilkan kawasan carian. Dibawah konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa, Malaysia memimpin dalam penyiasatan ini,” jelas kenyataan itu hari ini.

Kedutaan AS di Malaysia turut memberi jaminan kerajaan AS akan terus membantu pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370 dan antara bantuan itu seperti berikut:

- Tiga wakil Lembaga Pengangkutan dan Keselamatan Negara (NTSB) yang berpangkalan di AS dan dua wakil Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah tiba di Kuala Lumpur sejak 10 Mac lalu. Mereka disokong pakar dari Boeing dan syarikat lain serta pelbagai agensi dari AS.

• Biro Siasatan Pusat (FBI) dan pegawai penguatkuasa undang-undang lain yang berpangkalan di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menyediakan bantuan kepada rakan-rakan mereka di Malaysia. Kakitangan penguatkuasaan undang-undang tambahan dari seluruh rantau ini telah tiba di Kuala Lumpur untuk memberi sokongan.

• Seperti yang diminta oleh Malaysia, kerajaan AS turut menyediakan bantuan lain terhadap siasatan merentasi agensi antarabangsa.

- Tentera Laut AS telah mengerahkan P-8A Poseidon ke Perth, Australia, untuk menjalankan carian di koridor selatan.

0 comments:

Post a Comment