Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau adalah individu yang paling layak untuk menjawab persoalan berhubung kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines, MH370 berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana pemimpin nombor satu negara itu takut untuk berdepan dengan pertanyaan daripada media antarabangsa.

Ketua Umum PKR itu menegaskan, kehilangan pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu melihatkan keupayaan sebenar kepimpinan negara dalam menguruskan krisis sedemikian, yang dianggapnya sebagai “lemah dan tidak tegas”.

“Kalau orang tidak boleh bertanya orang nombor satu di Malaysia, hendak tanya siapa lagi. Beliaulah bertanggungjawab.

“Saya hairan sebab satu dunia mengatakan beliau tidak sanggup berhadapan dengan media antarabangsa,” katanya ketika berceramah semasa kempen bagi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang merupakan calon Pakatan Rakyat (PR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Sungai Kantan, Kajang malam tadi.

Sebagai perbandingan, Anwar berkata, media asing kini lebih selesa untuk menemubual beliau kerana kemampuan beliau untuk menjawab berkenaan persoalan tersebut.

“Esok (hari ini) pukul tiga ada lagi media nak wawancara saya … sebab mereka kata kalau wawancara saya, saya boleh jawab, kalau wawancara Najib, beri kenyataan sahaja. Jadi lebih baik saya ganti beliau,” katanya.

“Dalam kes MH370 ini, selain mendoakan keselamatan mereka, kita tahu betapa berkecamuk, lemahnya pimpinan negara ini khususnya perdana menteri yang pada hemat saya tidak layak terus memimpin negara kita,” katanya lagi. (sumber The Malaysian Insider)

0 comments:

Post a Comment