Jakarta – Seorang menteri di Indonesia yang menentang sekeras-kerasnya bahan lucah, telah `tertangkap’ selepas dikesan menjadi pengikut kepada akaun twitter lucah.
Keadaan ini menjadikan Tiraful Sembiring yang juga Menteri Penerangan Indonesia `panas punggung’ selepas dikesan menonton @ToketQueen, Isnin lalu.
Ia menyebabkan orang ramai mengecamnya kerana perbuatan Tiraful itu tidak sama dengan apa yang dipraktikkan selama ini termasuk kempen menentang pornografi.
Tiraful yang malu dengan keadaan itu kemudiannya cuba memberikan penjelasan dengan mendakwa dia menekan butang yang salah ketika melayari internet.
“Ada orang yang melaporkan mengenai akaun twitter lucah ini, jadi saya meminta supaya ia disekat.
“Namun saya secara tidak sengaja tertekan butang `follow’. Ini yang berlaku apabila kita menggunakan gajet sentuh skrin,’’ katanya.
Tiraful juga memberitahu dia akan lebih berhati-hati pada masa depan.
Ini bukan kali pertama Tiraful menjadi bahan berita. Pada 2010, dia menjadi tumpuan apabila berjabat tangan dengan Michelle Obama ketika Wanita Pertama Amerika Syarikat itu melawat Indonesia.
0 comments:
Post a Comment