Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

Perasaan waris penumpang MH370 yang menanti khabar mengenai saudara-mara mereka sejak dua minggu yang lalu boleh menjadi amat berbeza antara satu sama lain, kata ahli psikologi.

Walaupun tidak terbabit secara langsung dalam memberikan kaunseling kepada keluarga penumpang, namun pakar yang mempunyai pengalaman selama beberapa dekad membantu individu berhadapan dengan trauma berkongsi pandangan dengan The Wall Street Journal.

“Bila seseorang itu berhadapan dengan kehilangan yang trauma, akan berlaku tekanan yang amat tetapi akan ada juga tempoh kekeliruan dan lali ketika mereka bergelut untuk menerima kenyataan,” kata Bob Gordon, Ahli Psikologi Konsultan mengkhusus dalam kecemasan di Palang Merah Australia.

Tambah Gordon, dalam situasi seperti pencarian MH370, adalah biasa untuk waris mangsa membentuk satu ikatan yang kukuh terhadap apa yang mereka rasa sebagai sumber maklumat yang terbaik.

Dalam kes MH370 kata beliau, sumber maklumat yang terbaik adalah MAS.

Namun katanya, ikatan yang terbentuk itu boleh berubah menjadi buruk dengan sangat pantas jika ahli keluarga mula hilang kepercayaan terhadap syarikat penerbangan berkenaan.

Ketidaktentuan nasib mereka yang dikasihi boleh menyebabkan perubahan kemungkinan yang berterusan dengan saudara mara asyik membayangkan saat terakhir mangsa.

Penerbangan MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal. Dengan pencarian yang begitu meluas, ia masih belum ditemui.

“Ia boleh wujud dalam bentuk mengelak (dari berdepan dengan masalah), pada yang lain ia wujud dalam bentuk kemarahan yang amat sangat,” menurut Lawrence Palinks, Professor kerja sosial di University California.

“Ketiadaan maklumat yang lengkap akan mempunyai kesan yang amat mendalam kepada meraka,” kata Jean Cummings dari UK Charity Crisis.

“Mereka tidak mampu memberikan respon normal kerana berada dalam situasi tidak memiliki maklumat, mereka tidak tahu siapa yang harus dipercayai, meraka tidak tahu sama ada menerima maklumat yang tepat atau tidak,” katanya.

Penerbangan Malaysia (MAS) berkata, ia telah menyediakan 400 kakitangan untuk membantu memberikan bantuan kemanusiaan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

Keluarga penumpang menerima bantuan setiap hari termasuk dari segi perubatan, terjemahan dan aspek rohani menurut syarikat berkenaan.

Namun, untuk sesetengah keluarga, semua usaha itu tidak cukup memandangkan pencarian kapal berkenaan masuk ke minggu kedua tanpa sebarang keputusan.

Penemuan serpihan di laut yang kemudian tidak ada kena mengena dengan kehilangan kapal berkenaan berserta dengan kenyataan pihak berkuasa yang adakalanya berubah-ubah menambah rasa kecewa keluarga mangsa.

0 comments:

Post a Comment