Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

USAHA mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 merupakan satu misi yang amat sukar kerana keadaan lautan berkenaan yang selalunya bergelora selain ia merupakan laluan terpencil.

Kawasan lautan itu jarang dilalui oleh kapal dagang kerana keadaan perairan dan cuacanya yang selalu tidak menentu.

Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pesawat berkenaan diadakan dengan giat di sekitar kawasan itu yang juga berada dalam kawasan mencari di koridor selatan selain operasi SAR di koridor utara.

Jika pesawat jenis Boeing 777-200ER itu berada di Lautan Hindi maka untuk menemui bangkai pesawat jika ia terhempas juga amat mencabar sekali.

Lautan Hindi mempunyai purata kedalaman kira-kira 3.6km dan jika diibaratkan dengan ketinggian Menara Berkembar Petronas KLCC, kedalamannya merangkumi tujuh kali Menara KLCC.

Bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Al-Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pula hanya berketinggian 829.8 meter.

Kedalaman purata lautan itu juga tidak dapat menyaingi ketinggian gunung tertinggi di benua Australia iaitu Gunung Kosciuszko di Taman Negara Kosciuszko di New South Wales, Australia.


Gunung itu berketinggian 2,228 meter dari paras laut.

Selepas pihak berkuasa China mengumumkan mengesan objek di kawasan perarian itu, sehingga kini pasukan SAR dari Australia masih gagal mengesan objek berkenaan.

Operasi Australia dijalankan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Oleh : AIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment