Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

Satu pergaduhan dilaporkan berlaku di Kajang melibatkan sebuah gerai makan yang terkenal dengan masakan bergoreng dengan penyokong Pakatan Rakyat sekitar jam 12.20 tengah hari tadi, lapor laman web fz.com.

Pergaduhan bermula apabila pemilik gerai sudah tidak mahu lagi menerima pelanggan dan mahu menutup operasinya pada hari itu tetapi pelanggan yang merupakan penyokong PR berkeras mahu mengisi tekaknya di kedai tersebut.

Akibatnya berlaku pertengkaran hingga akhirnya banyak pihak terpaksa masuk campur untuk menenangkan kedua-dua belah pihak.

Difahamkan, terdapat pelanggan kedai tersebut dikatakan makan tanpa membayar namun pemilik lot gerai tersebut kemudiannya muncul dan berjanji akan membayar segala kerugian.

Menurut wartawan terbabit; dia terdengar ahli PKR yang terlibat bertengkar mengancam mahu menutup kedai makan tersebut jika mereka memenangi PRK Kajang hari ini.

Wallahua’alam. – REM RAMZI

Sumber: FZ.COM

0 comments:

Post a Comment