Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

Lagu WARIS yang menampilkan Dato’ Hattan, Gadis Jolobu berjaya menjadi siulan di mana-mana.

Kini lagu tersebut diserikan lagi apabila klip videonya sudah sedia untuk tontonan di YouTube.

Jika ditanya kebanyakan peminat lagu ini, perkara paling menarik perhatian sudah tentulah lirik lagunya yang indah, penuh nasihat dan berjaya disampaikan oleh WARIS dan Dato’ Hattan dalam gaya catchy.

Pendek kata, unsur tradisional Melayu iaitu loghat Negeri Sembilan menambahkan keunikan lagu ini.

Justeru apabila Gadis Jolobu dibuat klip video, sedikit sebanyak sudah pasti peminat lagu ini membayangkan ada unsur tradisional akan dimasukkan atau setidak-tidaknya ada elemen kampung halaman seperti sawah padi atau gadis pingitan.

Namun mereka yang mengharapkan perkara ini pasti kecewa kerana yang ada hanya penampilan WARIS bersama Dato’ Hattan melagukan Gadis Jolobu ala-ala rapper Mat 




Begitu pun dari satu sisi lain, jika klip video ini mahu menaikkan imej penyanyi rap tempatan agar kelihatan menyamai penyanyi barat mungkin ia boleh dikira berjaya.

Justeru tahniah diucapkan kepada pengarah klip video di bawah ini, Dira Abu Zahar untuk cubaan sulungnya. – REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment