Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

LABUAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam keadaan bersedia dan hanya menunggu arahan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak Sabtu lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata agensi itu meletakkan 100 pegawai dan anggota bagi tujuan tersebut.

Katanya mereka meliputi 40 pegawai pasukan ‘Special Technical Operation Rescue Malaysia’ (Storm), 40 pegawai unit selam dan 20 lagi dari unit pengesan dan udara.

“Kita tidak boleh bergerak bersendirian dan perlu menunggu arahan,” katannya kepada pemberita selepas Penyampaian Pingat Kebesaran dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang jabatan itu, di sini pada Khamis.

Katanya pembabitan JBPM dalam operasi juga bergantung kepada keadaan pesawat itu ditemui.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat Boeing 777-200 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu diselaraskan oleh Jabatan Pertahanan Awam dan membabitkan antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta tentera.

Sebanyak 12 negara menyertai operasi itu yang membabitkan aset laut dan udara meliputi perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing dilapor hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment