Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen perlu mencari kesepakatan bagi mencapai kaedah terbaik dalam mengendalikan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing, China.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, Ahli Parlimen tidak boleh membiarkan insiden itu mendedahkan kelemahan Malaysia dalam berhadapan krisis itu kerana negara kini menjadi tumpuan dunia.

“Jika krisis ini mendedahkan lagi kelemahan Malaysia dalam mengendali krisis ini, keadaan lebih buruk akan berlaku.Bukan sahaja nyawa penumpang terjejas, malah keyakinan dunia terhadap keselamatan perkhidmatan awam negara akan turut dipersoal,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang mendakwa kerajaan gagal mengendalikan insiden
kehilangan pesawat MAS Sabtu lepas selain memberi kenyataan bercanggah.

Mohd. Azmi seterusnya berkata, usaha mencari MH370 harus ditangani dengan penuh bertanggungjawab oleh semua pihak dan sebarang kritikan dan cadangan membina perlu diterima secara terbuka.

Justeru, katanya, adalah sangat penting untuk semua pihak bergabung tenaga supaya negara dapat menangani krisis itu dengan cara terbaik.

Antarannya, perbahasan di Parlimen sangat perlu kerana ia melibatkan nyawa penumpang dan keyakinan dunia terhadap negara dan imej syarikat penerbangan Malaysia.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu melihat dan mendengar dari pelbagai sumber untuk mendapat kerjasama dari semua pihak agar operasi sekarang dan pasca tragedi dapat dikendali agar mencapai hasil yang diharapkan.

0 comments:

Post a Comment