Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

UNIK sekali cara berdakwah yang dilakukan oleh beberapa pelajar di luar negara ini dalam memberikan pemahaman mengenai kelebihan berhijab yang diwajibkan oleh Islam.

Mereka mengajak wanita bukan Islam untuk merasai sendiri pengalaman berhijab dan bertanyakan perasaan mereka selepas mengenakannya melalui aktiviti yang diberi nama ‘See How You Look In A Hijab…!’.

Rata-rata mereka memberikan komen positif dan mengatakan ia simbolik kepada kesopanan seorang wanita.

“I like it (Saya menyukainya).”

“I was actually jealous with people who’s wearing hijab (Saya sebenarnya cemburu melihat mereka yang berhijab).”

Itu antara kata-kata mereka yang pertama kali melihat diri mereka mengenakan hijab.

Salah seorang daripada wanita itu turut berkata, memakai hijab merupakan sesuatu yang patut dibanggakan.

Walaupun aktiviti ini tampak ringan, tetapi ia secara tidak langsung memberikan imej yang baik mengenai ajaran Islam.

Pendek kata, kewajipan menutup aurat ini bukanlah sesuatu yang menakutkan, sebaliknya ia bertujuan untuk memuliakan dan melindungi seseorang wanita.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment