Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

MISI mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bersambung hari ini di lokasi baru kira-kira 1,850km dari Perth, Australia di selatan Lautan Hindi.

Semalam, lokasi pencarian diubah ke kawasan baru selepas pasukan penyiasat menemui petunjuk baru hasil analisis data satelit oleh pasukan pakar antarabangsa menggunakan kaedah matematik yang kompleks.

Ia menunjukkan corak penerbangan pesawat MH370 yang lebih laju ketika penerbangan antara Selat Melaka dan Laut China Selatan menjadikan pembakaran bahan api lebih banyak berlaku.

Penemuan itu memberikan petunjuk baru bahawa pesawat berkenaan terbang lebih dekat daripada lokasi awal pencarian pesawat itu iaitu kira-kira 2,500km dari Perth.

Menurut twitter Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Malaysia (AMSA), misi hari ini akan memberi keutamaan di lokasi baru.


“Pencarian MH370 bersambung hari ini dan memberi fokus kepada lokasi pencarian baru. Cuaca di lokasi pencarian mengizinkan misi diteruskan,” menurut tweet berkenaan.

Semalam, lima pesawat mencari dilaporkan berjaya mengesan beberapa objek pelbagai warna ketika misi mencari dilaksanakan semalam.

Gambar objek berkenaan telah pun diambil dan dianalisis malam tadi.

Sehingga kini kesemua objek yang dikesan data satelit mahupun pesawat masih belum dapat disahkan sebagai serpihan daripada pesawat MH370. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment