Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Lorong paling kiri Lebuhraya Sprint (arah KL) antara persimpangan bertingkat Bukit Kiara ke persimpangan Jalan Setiapuspa akan ditutup sehingga 15 April dari 10 pagi hingga 4.30 petang dan 9 malam hingga 5 pagi setiap hari.

Menurut kenyataan MRT Corporation (MRT Corp), penutupan itu bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan tembok penahan.

Selain itu, lorong paling kanan Jalan Sungai Buloh akan ditutup pada 30 Mac dari 10 pagi hingga 5 petang, membabitkan aliran trafik kedua-dua arah Sungai Buloh dan Shah Alam sejauh 100 meter.

Kenyataan itu menyebut lorong paling kiri Lebuhraya Sprint (arah KL) bermula dari jalan susur Menara HP ke persimpangan Jalan Dungun akan turut ditutup sepanjang hari mulai 1 April hingga 30 April.

Orang ramai boleh melayari www.mymrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my atau menghubungi hotline MRT 1-800-82-6868 untukmaklumat lanjut. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment