Berikutan kematian enam pengunjung konsert Festival Music Future Asia 2014 akibat pengambilan dadah secara berlebihan, Jumaat lalu, pihak penganjur telah pun membatalkan konsert malam terakhirnya, semalam.
Kematian enam pengunjung itu nyata mengejutkan sebilangan besar pengguna media sosial yang menyifatkan muzik boleh dinikmati dengan sepuas hati biarpun tanpa pengambilan dadah atau bahan peransang lain yang boleh membawa tenaga ke tahap paling maksimum.
Di bawah merupakan respons-respons pengguna laman sosial berhubung isu penggunaan dadah dalam sesebuah konsert yang dihadiri.
Tak salah nak have fun di konsert, memang tujuannya pun untuk berhibur namun pandai-pandailah kawal diri dan jangan sesekali mencuba dadah untuk mendapatkan energy luar biasa sepanjang konsert berlangsung.
Diharapkan kes kematian mengejut ini dapat memberi pengajaran buat anda semua di luar sana.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment