Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

Butterworth – Dari rumah jejambat ke rumah kontena, itulah nasib empat beranak yang terpaksa hidup berpindah randah selepas terpaksa keluar dari rumah disewa sejak 10 tahun lalu di Bagan Dalam di sini, apabila kawasan itu bakal dimajukan dengan projek pembangunan.

Kesukaran mencari rumah sewa menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan selain menghuni rumah kontena sejak dua minggu lalu hasil inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.

Sebelum ini, Ismail Abdllah, 62, isteri, Jamaliah Maani, 53, serta dua anak mereka, Nur Ummi Jamaliah, 10, dan Nur Ummi Aisyah, 14, menghuni ‘rumah jejambat’ di Lingkaran Luar Butterworth (LLB) untuk berlindung.

Ismail berkata, walaupun bukan dalam bentuk kediaman sebenar, rumah kontena didiami sekarang jauh lebih selesa daripada rumah jejambat dihuninya sebelum ini.

“Sebelum ini ada pihak tampil dan berjanji membantu menguruskan rumah sewa baru untuk kami sekeluarga, tetapi hingga kini saya masih menunggu maklum balas daripada mereka. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment