Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

Pemerintah Korea Utara yang digelar Pemimpin Agung, Kim Jong-un merupakan figura yang mampu membuatkan sesetengah orang berasa gentar.


Hal ini kerana pemerintahan di Korea Utara sering dikaitkan dengan pencabulan hak asasi manusia dan keganasan termasuk pembunuhan penentang kerajaan dan pelaksanaan hukuman mati di depan khalayak ramai.


Namun di Beijing, China seorang lelaki yang mempunyai wajah persis Kim Jong-un membawa watak sebaliknya.


Mempunyai wajah tembam dan bulat serta potongan rambut separuh dicukur yang sama, Xia  merupakan penjual daging panggang (ala sate) di jalanan Shenyang, bandar yang terletak dalam daerah Liaoning dan tak jauh dari sempadan Korea Utara.


Walaupun tidak hidup mewah seperti pemerintah Korea Utara, Xui didapati gemar memakai jaket berbutang tinggi dan kuat merokok sama seperti Kim.


Setelah gambar Xui yang menyamai Kim Jong-un tersebar di internet sejak minggu lepas, penjual makanan berusia 38 tahun ini mulai popular hingga jualannya tambah laris daripada biasa.

Nampaknya, ada juga kelebihan berwajah mirip orang terkenal buat Xui kerana sekurang-kurangnya dia dapat meraih sedikit populariti dan wang tambahan.

- REM RAMZI

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment