Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 16, 2014

No Comment

Pelakon dan pengacara, Raja Azura menasihatkan Hanez Suraya supaya menghormati perasaan wanita lain.

Nasihat ini timbul berikutan kontroversi kisah cinta Hanez dengan jejaka yang masih lagi memegang status suami orang, Romie Razin Adilha.


“Pada saya, hormatilah hati wanita lain. Fikirlah, jika lelaki itu boleh berbuat demikian pada isterinya, iaitu wanita yang telah bersusah payah melahirkan anak untuknya, tak mustahil sekiranya dia boleh berbuat demikian sekiranya dia boleh berbuat perkara sama pada Hanez.

“Buka minda, pasti ada sebab mengapa rumah tangga mereka bermasalah? Lagi pula Hanez pasti belum tahu apa sebenarnya masalah yang melanda pada mereka berdua,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Hanez dan Romie sebelum ini membuat sidang media mempertahankan cerita mereka yang dikatakan telah difitnah oleh isteri Romie sendiri.

Lantaran itu, Hanez teruk dikecam peminat industri hiburan tempatan kerana sanggup mencaras kebahagiaan rumah tangga orang lain.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment