Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa terdapat ramai nelayan pantai terpaksa mengadaikan barang kemas bagi menampung kerugian akibat alat tangkapan mereka rosak dilanggar obot pukat tunda.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, alat tangkapan itu rosak kerana masih banyak bot pukat tunda menceroboh kawasan nelayan pantai terutama pada waktu malam dalam jarak dua atau tiga batu nautika dari pantai.

“Nelayan pantai yang alat tangkapan mereka musnah dilanggar oleh bot pukat tunda mengalami kerugian antara RM600 hingga RM3,000 seorang menyebabkan mereka tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan kerana tidak mempunyai alat tangkapan.

“Ada di antara mereka terpaksa menggadai barang kemas dan berhutang untuk membeli peralatan baru bagi meneruskan kerja-kerja tangkapan demi menyara kehidupan keluarga,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, S.M. Mohamed mencadangkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyediakan peruntukan khas bagi membantu nelayan pantai yang mengalami kerugian akibat kerosakan alat tangkapan kerana dilanggar bot pukat tunda.

Menurutnya, tindakan segera perlu dilakukan oleh kementerian memandangkan masalah yang berlarutan sejak sekian lama itu semakin serius di hadapi golongan itu sehingga membebankan kehidupan mereka.

“CAP menerima banyak aduan nelayan pantai bahawa mereka gagal memperolehi sebarang pampasan sama ada oleh pengusaha bot pukat tunda atau kerajaan apabila alat tangkapan seperti jaring dan bubu mereka musnah dilanggar oleh bot berkenaan.

“Kejadian seumpama itu kerap berlaku di Zon A, lima batu nautika dari pantai kerana bot pukat tunda sering menceroboh kawasan nelayan pantai itu bagi menjalankan aktiviti tangkapan,” dakwanya.

Beliau turut meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) memainkan peranan membantu mereka yang mengalami kerugian dalam kes itu bagi mendapatkan pampasan daripada pengusaha bot pukat tunda terlibat.

0 comments:

Post a Comment