Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

One Comment
Nora Danish Sempat Larikan Diri Dari Kelab Malam Diserbu Polis | Baru semalam kami menonton siaran ulangan rancangan 999 yang menyaksikan pihak berkuasa tempatan telah menyerbu sebuah kelab malam di sekitar Bandar Utama minggu lepas.

Menerusi rancangan dokumentari tersebut, kelab tersebut dikatakan sudah 3 kali diserbu kerana tidak mempunyai lesen operasi yang sah. Terletak di tingkat atas sebuah bangunan, ketika hari serbuan, seorang artis dikatakan sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa sampai ke kelab berkenaan.

Menariknya, hari ini menerusi rakan media, Rotikaya, portal tersebut mendakwa bahawa artis yang telah menyambut harijadi pada malam serbuan berkenaan dipercayai Nora Danish.

Gambar diambil dari Rotikaya.com


Melalui artikel yang sama, portal tersebut turut menyiarkan sekeping gambar sedutan dari video 999 dan juga gambar yang dimuatnaik oleh Nora Danish ke laman Instagram-nya.

Apa yang menarik perhatian kami ialah, kedua-dua kad jemputan itu mempunyai design yang sama, menguatkan lagi spekulasi yang timbul.

Apa pun, pihak kami ketika ini sedang cuba untuk menghubungi Nora Danish untuk mendapatkan kepastian dari empunya diri.-ohbulan.com

1 comments:

  1. erk.. sambut besday di kelab mlm.??. kan lebih bgs buat kenduri kesyukuran sempena ucap syukur Allah pjgkan usia.. hmm..

    ReplyDelete