Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment
Objek yang ditemui satelit China di Lautan Hindi mungkin sayapa pesawat Boeing 777-200ER. Gambar fail.
Berita satelit China menemui objek lain di Lautan Hindi semalam memberikan dorongan baru untuk mencari pesawat MH370 dalam misi pencarian yang sudah masuk minggu ketiga.

Lebih banyak pesawat dan kapal menyertai operasi mencari dan menyelamat antarabangsa mengeruk kawasan laut terpencil Bumi, selepas Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata penemuan satelit terkini merupakan objek berukuran kira-kira 22.5m panjang dan 13m lebar.

Dr John Blaxland dipetik berkata kepada agensi berita China, Xinhua, jika ukuran tepat, ia konsisten dengan sayap pesawat Boeing 777-200ER, lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

Apabila ditanya apakah penemuan satelit China itu menyerupai imej satelit awal diumumkan Australia, Dr Blaxland dari Australian National University berkata, ia berbeza.

“Bentuknya sama tetapi jika ukuran tepat, ini lebih besar saiznya,” katanya.

Menurut pihak berkuasa pentadbiran Sains, Teknologi dan industri bagi Pertahanan Negara berkata, objek dikesan oleh satelit pemantauan bumi "Gaofen-1", kira-kira jam 12 pagi 18 Mac waktu Beijing, lapor SMH.

Pada 20 Mac lalu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyampaikan maklumat penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370.

Pakar kejuruteraan penerbangan berpendapat, objek berkenaan berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER.

Semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari di koridor selatan sudah mengerahkan pesawat dan kapal laut masing-masing ke kawasan pencarian yang terletak lebih kurang 2,300 kilometer ke barat daya Perth.

Bagaimanapun, objek tersebut masih gagal ditemui hingga hari ini selepas tiga hari misi pencarian dijalankan bermula Khamis. – 23 Mac, 2014.

0 comments:

Post a Comment