Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan 15 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata mereka ditahan kerana dipercayai melakukan samun berkawan, curi kenderaan, memiliki senjata berbahaya, ugutan jenayah dan lari dari pengawasan pusat pemulihan dadah.

Katanya mereka antara 593 individu yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara sepanjang tempoh itu.

Sepanjang tempoh itu juga polis memeriksa 181 kenderaan, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment