Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

TERNYATA musibah yang menimpa enam anak muda yang maut sewaktu menghadiri Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) pada Jumaat lalu tidak cukup untuk ‘memperlahankan’ budaya hedonisme yang kian melanda masyarakat pada masa kini.

Biarpun negara kini sedang dilanda kesedihan, masih ada pihak yang bersikap acuh tak acuh dengan apa yang berlaku.

Ia dibuktikan dengan satu lagi acara hiburan yang dipanggil ‘Life In Color’ yang merupakan ‘parti cat’ terbesar dunia yang bakal diadakan buat kali pertama di Kuala Lumpur pada 19 April nanti.


Melihatkan video promo yang dimuatnaik di YouTube, kami andaikan ia tidak jauh berbeza dengan konsert sebelum ini.




Sebenarnya, tidak salah untuk berhibur, namun janganlah melampau sehingga melakukan perbuatan di luar batasan yang sepatutnya termasuklah pengambilan dadah atau alkohol semata-mata untuk ‘lebih nikmat’.


Rasanya, di saat seluruh negara sedang memanjatkan doa dan mengadakan solat hajat agar segala musibah yang melanda negara kembali pulih seperti biasa, ada baiknya kita menangguhkan dulu perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Di sini kami sertakan sebuah nukilan sinikal oleh jurufoto terkenal, Saiful Nang:

Dan ini yang sepatutnya hilang dari radar
Ini rupanya di Malaysia 
Aku ingatkan ini Amerika
Rupanya Bukit Jalil Sahaja 
Laki perempuan berboleng-bolengan
Lepas musik beromen-romenan
Ini Malaysia dah macam Amerika

Tok Moh sila bagi penampar
Generasi begini tak boleh dibiar
Yang buaya boleh tokmoh tampar
Bagi yang ini semua menggelepar

Bila nak buktikan Tok Moh hebat
Ini ada bahan teruskanlah rembat

Sultan Melaka sila ambil buat gundik
Jangan biar terlepas di luar
Takut lelaki baik terambil buat bini
Takut perempuan baik terbuat laki

Malaysiaku dah macam Amerika. 
Amerika pun marah aku cakap macam ni
Dia cakap, korang lagi advance – SAIFUL NANG



Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment