Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

Isteri Kapten Zaharie Ahmad Shah, Faizah Khan akan disoal-siasat bagi membantu penyiasatan berhubung pencarian pesawat MH370 yang sudah pun memasuki minggu ketiga kehilangannya.

Menurut laporan akhbar tabloid UK, The Mirror, perkara itu perlu dijalankan oleh pihak penyiasatan dengan bantuan Biro Siasatan Persekutuan Amerika (FBI) selepas terdapat banyak spekulasi mengatakan kapal terbang itu mungkin disabotaj oleh Zaharie.

FBI dilaporkan masih lagi menyiasat latar belakang Kapten Zaharie, 53, dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27.

Walau bagaimanapun, satu sumber mendedahkan bahawa penyiasatan terhadap Fariq hampir selesai dan tidak menjumpai sebarang perkara yang mencurigakan terhadapnya.

Perkara ini sekali gus menjadikan Zaharie sebagai fokus utama dalam penyiasatan tersebut.

The Mirror menyatakan, “tiada satu petunjuk yang menunjukkan Fariq mempunyai sebarang motif untuk merampas pesawat. Walau bagaimanapun, kehidupan peribadi Zaharie dilihat lebih rumit dan kini masih lagi dalam proses penyiasatan”.

Akhbar tabloid itu juga mendedahkan perkahwinan Zaharie dan Faizah berada dalam dilema, walaupun mereka masih lagi tinggal bersama bersama anak-anak mereka.

Pihak polis juga masih menyiasat laporan yang mengatakan Zaharie menerima panggilan daripada seorang wanita misteri sebelum berlepas pada awal pagi 8 Mac lalu.

Sehingga kini, pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal masih belum ditemui selepas 17 hari hilang pada 8 Mac lalu.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi, hari yang sama.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment