Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

Jika ditanya apakah video di YouTube yang paling viral seminggu dua ini, ia pastilah video memaparkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang bertengkar dengan ibunya kerana mahu makan kek cawan.

Sesiapa sahaja yang melihat telatah kanak-kanak bernama Matel Beltran ini pasti tertawa melihat gelagatnya yang cuba untuk kelihatan dewasa ketika bertekak.

Antara ayat dituturkan Mateo yang paling sukar dilupakan adalah “Linda, listen..”, “Linda, look it, look it” dan “But Linda, honey, honey..”

Video ini sudah dimuatnaik ibu Mateo, Linda Beltran sejak 19 Februari lalu dan meraih tontonan lebih 5 juta hingga ke hari ini.


Populariti video ini membuatkan pengacara terkenal, Ellen DeGeneres menjemput Mateo dan ibunya ke program beliau.

Di penghujung program, Mateo diberikan kek cawan yang sangat besar dan menarik.


Kata Linda, anaknya itu memang suka bercakap dan akan memanggilnya Linda dan bukannya ‘mom’ apabila mereka sedang berbual cara serius.

Apa pun, masa kecil semuanya nampak comel. Tapi kalau dah besar panjang masih nak bertekak begini, memang nak kenalah! – REM RAMZI 

0 comments:

Post a Comment