Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – PAS Pusat akan menggerakkan satu kempen di ibu negara malam ini kononnya bertujuan mengajak rakyat malaysia menolak konsert liar.

PAS Pusat dalam satu risalah menyebut, kempen Malaysia Tolak Konsert Liar itu akan diadakan di beberapa lokasi utama di seluruh negara.

“Tempat berkumpul di Kompleks Sogo bermula pukul 9 malam ini. Risalah mengenai keburukan konsert liar turut diedarkan pada kempen itu,” kata risalah tersebut.

Kempen itu berikutan insiden enam remaja meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 pada 15 Mac lalu.

Kempen itu bagaimanapun dilihat lebih bermotifkan politik bagi memburuk-burukkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ia kerana risalah yang mahu diedarkan malam ini antaranya menyebut masih ada pihak mempertahankan keuntungan daripada konsert liar melalui kemasukan pelancong.

Risalah itu mendakwa, pendirian keuntungan itu menyebabkan remaja negara ini terjebak dalam gejala sosial, mengambil dadah dan arak.

Satu kenyataan bergambar kononnya oleh Mohamed Nazir yang menyebut.. “Ambil dadah itu silap mereka. Jangan pandang negatif sahaja. Pandang dari sudut positif. berapa banyak pendapatan dan pelancongan dapat dijana dari acara tersebut..” tersebar dalam media sosial sebelum ini.

Mohamed Nazri bagaimanapun menafikan perkara itu dan membuat satu laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu tersebut pada 20 Mac lalu.

Jelas beliau tidak pernah sama sekali atau pada bila-bila masa membuaty kenyataan peribadi kepada pihak media atau sesiapa pun berkenaan insiden FMFA 2014.

0 comments:

Post a Comment