Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan memperoleh rasuah daripada seorang ahli perniagaan, dua tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Inspektor Dominic Ngalang Anak Ngabong, 33, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Leung Hua Yin Ganesha Beatrice sebagai dorongan untuk meneruskan siasatan berhubung kes tipu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Balai Polis Pudu, Cheras dekat sini pada jam 2.15 petang, 13 Jun 2012.

Bagi pertuduhan kedua, Dominic didakwa memperoleh suapan RM10,000 daripada Leung bagi tujuan sama di Pertama Residency Apartment, Cheras di sini pada 4.55 petang, 20 Jun 2012.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Terdahulu Pegawai Pendakwa dari SPRM Wan Ahmad Nidzam Wan Omar menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili tertuduh memohon jaminan ke atas anak guamnya direndahkan atas alasan tertuduh merupakan pegawai yang berdedikasi dan pernah dua kali menerima penghargaan dalam menjalankan tugasannya.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 6 Mei depan untuk pengurusan kes. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment