Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

Georgetown – Kementerian Pengangkutan Guyana melaporkan seorang pegawai trafik udara yang bertugas di menara kawalan lapangan terbang negara itu digantung tugas selepas dia meninggalkan tugasnya dan keluar dari menara kawalan ketika ada pesawat hendak mendarat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, lelaki itu dan dua pegawai lain digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Seorang jurucakap berkata, dua lagi kakitangan yang digantung adalah penyelia dan rakan setugasnya yang dijadualkan mengambil alih tugas kawalan itu.

Pegawai berkenaan dikatakan meninggalkan tugasnya kerana kecewa rakan setugasnya tidak hadir untuk menggantikannya pada Jumaat lalu.

Ketika itu, pesawat Boeing 737 Caribbean Airways yang membawa 100 orang penumpang dilaporkan akan mendarat dalam tempoh 10 minit dan seorang pengurus terpaksa pergi ke menara kawalan untuk mengambil alih tugas berkenaan. – Agensi

0 comments:

Post a Comment