Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

SANTIAGOA, Chile – Bekas Perdana Menteri Belanda, Ruud Lubbers malu selepas terjatuh semasa berjalan di atas karpet merah ketika beliau menghadiri majlis makan tengah hari bersama Presiden Chile, Michelle Bachelet kelmarin.

Kejadian itu berlaku ketika Lubbers yang mengetuai delegasi Belanda tiba di Istana Presiden di Cerro Castillo bersama beberapa delegasi asing.

Ketika sampai Lubbers melambaikan tangan ke arah sekumpulan wartawan sambil mengundur ke belakang tetapi terjatuh selepas terlanggar karpet merah.

Beberapa pembantu yang menyedari kejadian itu segera membantu Lubbers untuk bangun semula dan beliau hanya tersenyum sebelum memasuki istana.

Lubbers, 74, menjadi Perdana Menteri Belanda dari tahun 2001 hingga 2005. – Agensi

0 comments:

Post a Comment