Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 26, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang pengurus sebuah syarikat swasta maut selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dipandunya melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di KM42.91 dekat Bentong awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata dalam nahas 2 pagi itu mangsa, Wong Chin Ming, 36, dari Batu Caves mati di tempat kejadian.

“Kemalangan berlaku semasa mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur dipercayai mengantuk lalu hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler muatan bijih besi itu.

“Siasatan awal mendapati treler itu diletakkan di lorong kecemasan berkenaan kerana kerosakan kotak gear dan brek,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pemandu treler terbabit, Ahmad Ahad, 32, berasal dari Taman Seri Wang Sungai Petani, Kedah itu tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment