Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

MUAR – Kementerian Dalam Negeri memberi keutamaan kepada permohonan polis Johor untuk mendapatkan peralatan canggih khususnya kamera litar tertutup (CCTV), dalam usaha mengekalkan Johor sebagai kawasan selamat.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff berkata perkara itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

CCTV ini diperlukan untuk tujuan pemantauan di kawasan yang mencatat kes jenayah yang tinggi, katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Pusat Komuniti Taman Maharani, di sini malam tadi.

Mohd Mokhtar berkata polis Johor terus komited dalam mengekalkan keselamatan negeri itu, sekali gus memastikan Johor kekal sebagai negeri utama yang menerima pelaburan asing, khususnya Iskandar Malaysia yang setakat ini mencatat pelaburan hampir RM140 bilion.

Beliau juga berkata polis Johor turut menyarankan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin agar Pusat Komuniti Polising yang ditubuhkan di 18 kawasan perumahan di Wilayah Iskandar Malaysia diperluaskan ke seluruh negeri.

Ini kerana katanya penubuhan pusat itu yang menempatkan anggota polis secara sepenuh masa telah berjaya mengurangkan kes jenayah di kawasan terbabit.

Mengenai Pusat Komuniti Taman Maharani, Mohd Mokhtar berkata pusat itu antara yang terunik dengan penduduknya sentiasa bekerjasama untuk membanteras jenayah sehingga pendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pusat itu menjadi contoh kepada pusat-pusat komuniti lain di negara ini, katanya sambil menambah kerjasama masyarakat dengan pihak polis merupakan senjata yang paling berkesan untuk membanteras jenayah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment