Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

POLIS Antarabangsa (Interpol) hari ini menafikan dakwaan Malaysia yang mengatakan rujukan ke pangkalan data pasport dicuri milik risikan antarabangsa itu memakan masa dan menyebabkan kelewatan penumpang di lapangan terbang.

Bagaiamanpun menurut Interpol, kegagalan kerajaan Malaysia merujuk pengkalan data itu menyebabkan Jabatan Imigresen gagal mengesan dua lelaki Iran yang menggunakan pasport palsu menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Dua penumpang itu yang turut hilang selepas pesawat berkenaan gagal dikesan radar pada 8 Mac lepas menyebabkan satu siasatan di peringkat antarabangsa dilakukan ke atas kes penggunaan pasport curi itu.

Siasatan akhirnya menunjukkan bahawa kedua-dua warga Iran itu ingin berhijrah dari negara mereka ke Eropah dan pihak berkuasa Malaysia dikecam kerana tidak melakukan rujukan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Gambar) pada Rabu lepas memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa langkah merujuk data berkaitan pasport curi itu terlalu lama untuk para kakitangan Imigresen dan ia menyebabkan kelewatan dalam kalangan penumpang.

Jurucakap Interpol berkata keputusan kerajaan Malaysia tidak merujuk data berkenaan tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan sistem Interpol.

“Jika ada kemungkinan untuk sesuatu pihak dipersalahkan kerana kegagalan ini, ia semuanya terletak di atas bahu Jabatan Imigresen Malaysia,” menurut sumber Interpol yang berpangkalan di Perancis.

Menurut agensi itu, untuk merujuk pangkalan maklumat itu hanya mengambil masa beberapa saat bagi menunjukkan sama ada sesuatu pasport itu dicuri atau tidak.

Ujian terbaru menunjukkan kesahihan pasport penumpang boleh diketahui dalam masa hanya selama 0.2 saat.

“Ada beberapa negara merujuk pengkalan data itu lebih dari 100 juta kali setahun, pada tahun 2014 tercetus kehilangan tragik MH370 dan mendapati Imigresen Malaysia tidak merujuk langsung pasport penumpang dari pangkalan data Interpol.

“Jika Malaysia merujuk sumber data itu, kebenaran berkenaan pasport curi dua penumpang berkenaan akan dapat diketahui dengan segera,” katanya.

Interpol pada awal bulan ini berkata kedua-dua lelaki Iran itu tiba di Kuala Lumpur dengan menggunakan pasport sah dari Iran.

Mereka kemudian menukarkannya dengan pasport curi warga Itali dan Austria ketika menaiki MH370 yang kemudiannya hilang bersama 239 orang penumpang termasuk 12 anak kapal. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment