Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

JAKARTA – INDONESIA. Menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen 2014 bulan depan, parti-parti politik di republik ini berlumba-lumba menarik sokongan rakyat.

Pelbagai cara dilakukan dalam usaha mereka memikat hati rakyat Indonesia agar mendengar visi dan misi mereka termasuk menghadirkan tokoh-tokoh popular sebagai jurukempen.

Justeru tidak menghairankan sedari dulu kempen politik di negara ini diserikan dengan kehadiran artis atau selebriti popular sebagai ‘magnet’ menarik pengunjung.

Dalam Pemilu kali ini, Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) antara yang menjadi tumpuan apabila bukan sahaja memilih ‘Raja Dangdut’ Rhoma Irama sebagai jurukempen, tetapi turut diuar-uar akan dikemuka sebagai calon presiden oleh PKB.

PKB yang sebelum ini dikenali Nahdlatul Ulama dan aktif sebagai badan bukan kerajaan turut menampilkan komposer dan penyanyi rock terkenal Indonesia Ahmad Dhani dalam kempen mereka di merata-rata tempat.

Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) juga tidak kurang hebat apabila memilih beberapa artis ternama saat mereka turun berkempen, antaranya artis kontroversi Julia Perez serta penghibur ternama Jamal Mirdad.

Selain itu, penyanyi Rio Febrian Samandan juga tidak ketinggalan mengikat kontrak bersama parti Demokrat dan akan mengikut jelajah parti itu ke 13 bandar di seluruh Indonesia.

Diva pop Indonesia, Krisdayanti juga dilapor ‘dilamar’ oleh parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) bagi menyerikan acara kempen parti berkenaan.

Partai Golkar pula membariskan artis Nia Ramadhani yang juga menantu Ketua Umum parti itu, Aburizal Bakrie ketika berkempen di Medan baru-baru ini.

Kehadiran artis atau selebriti jelas menjadi daya penarik tersendiri dalam kegiatan kempen parti-parti politik tersebut apabila berjaya menarik ribuan pengunjung.

Tiada selebriti, tiada pengunjung. Buktinya sejumlah warga Kota Ambon, Maluku, bertindak meninggalkan majlis setelah mengetahui penyanyi dangdut idola mereka Ayu Ting Ting tidak dapat hadir pada satu majlis kempen parti politik.

Artis-artis setempat juga tidak kurang hebatnya dalam menarik kehadiran masyarakat di kempen parti-parti politik tersebut.

Namun bagi pemerhati, kebanyakan yang hadir dalam sesuatu kempen politik itu bukan seratus peratus mahu mendengar profil parti berkenaan, sebaliknya hanya mahu menikmati hiburan yang disajikan secara gratis.

Justeru kata pemerhati itu, kehadiran masyarakat dalam satu-satu kempen bukan kayu pengukur sokongan kepada parti penganjur.

Bak kata masyarakat Indonesia, kempen politik tanpa hiburan di Indonesia adalah suatu yang janggal.

Pemilihan Umum Parlimen Indonesia akan berlangsung 9 April manakala proses pemilihan presiden pula pada 9 Julai. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment