Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Kolej Universiti Bestari (UCB) di Setiu memperuntukkan RM1.5 juta bagi membiayai 200 pelajar miskin yang mengikuti pengajian peringkat asasinya tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah UCB, Prof Datuk Dr Tengku Mahmud Mansur berkata, kursus asasi selama setahun itu terbuka untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Tahun ini kita bagi pengajian percuma selama setahun untuk setiap pelajar peringkat asasi ini bernilai RM7,500 dengan syarat mereka memperoleh keputusan sekurang-kurangnya lima kredit termasuk matematik.

“Mereka boleh memilih untuk mengikuti pengajian asasi dalam dua bidang yang ditawarkan iaitu Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Pengurusan,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Anugerah Kualiti UCB, di sini hari ini.

Katanya pengambilan bermula bulan ini sehingga Jun.

Lepasan SPM yang berminat boleh melayari laman sesawang UCB di www.ucbestari.edu.my atau menghubungi talian 09-6097101. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment