Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

IPOH – Sebuah kilang memproses barangan terpakai di Persiaran Kilang Silibin, Taman Pertama di sini kerugian kira-kira RM3 juta selepas musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Nurazlina Robaie berkata kejadian pada pukul 4 pagi itu memusnahkan hampir 70 peratus daripada bangunan kilang itu ekoran terdapat bahan buangan mudah terbakar termasuk plastik, kertas dan botol.

Bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada pukul 4.45 pagi dengan kekuatan 21 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru serta Ipoh, katanya kepada pemberita.

“Anggota kami memadam kebakaran menggunakan semburan air dan buih kerana api mudah merebak berpunca daripada plastik yang dihasilkan kilang itu,” katanya.

Beliau berkata kebakaran itu tidak menjejaskan operasi kilang berhampiran namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment