SINGAPURA – Pemerintah Singapura semalam mempertahankan cara kerajaan Malaysia mengendalikan misi pencarian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam turut menyatakan, jiran-jiran Malaysia melakukan apa yang terdaya untuk membantu mencari pesawat MH370 itu selepas ia dilaporkan hilang.
Namun, katanya, kebanyakan negara-negara jiran Malaysia itu mengalami kekurangan sumber untuk melakukan misi pencarian pada skala besar-besaran.
“Saya berpendapat, sebahagian kritikan itu (ke atas Malaysia) adalah tidak adil,” katanya.
Terdapat kritikan yang dilemparkan sebelum ini oleh beberapa pihak yang mendakwa, kerajaan Malaysia melengah-lengahkan usaha mencari pesawat berkenaan. – Agensi
0 comments:
Post a Comment