Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

KUALA KANGSAR – Permintaan Muhamad Amir Asyraff Baharuddin kepada ibunya Nuraini Muhamad Salleh supaya tiket bas dibeli lebih awal setiap kali tiba musim cuti persekolahan serta pertanyaan tentang masakan harian akan menjadi kenangan abadi dalam hidup wanita itu.

Muhamad Amir dan rakan baiknya Adam Asraf Azman, masing-masing berusia 17 tahun, ditemui maut selepas dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Bubu di Ulu Kenas di sini Ahad lepas.

Nuraini, 47, yang tabah menerima kejadian itu, berkata setiap kali tiba musim cuti persekolahan, anak tunggal lelakinya itu pasti meminta supaya tiket bas untuk pulang ke asrama selepas berakhir cuti sekolah dibeli lebih awal.

“Tapi kali ini untuk cuti sekolah bermula Jumaat ini selama seminggu, Amir tidak benarkan saya beli, kali ini dia kata tidak perlu, dia kata dia akan cari sendiri. Saya kata tak apalah kalau macam tu, dan saya pun tidak beli,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Kangsar di sini malam tadi.

Sementara itu, ibu kepada Adam, Maimunah Masdar, 43, berkata keluarganya reda menerima ketentuan Allah ke atas anak sulungnya itu.

“Saya dapat tahu Adam hilang pada pagi Isnin. Alhamdulillah, guru beritahu, mereka (Adam dan Muhamad Amir) adalah pelajar yang baik, saya reda dengan takdir Allah,” katanya.

Jenazah kedua-dua pelajar itu dibawa ke Masjid Ridzwaniah di sini untuk disembahyangkan oleh kira-kira 200 jemaah termasuk guru dan rakan dari Kolej Vokasional Kuala Kangsar pada pukul 10.30 malam.

Jenazah Muhamad Amir dikebumikan di Kampung Kuak, Lata Papan di Lenggong manakala jenazah Adam Asraf dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Perit, Salak Baru di Sungai Siput, malam tadi.

Kedua-dua mereka adalah antara empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilapor hilang ketika menuruni Gunung Bubu di Ulu Kenas di sini Ahad lepas.

Dua lagi pelajar yang hilang Muhammad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fitri, kedua-duanya berusia 17 tahun, dijumpai pada pukul 9 pagi di persisiran Sungai Gading dalam keadaan letih dan lesu.

Keempat-empat pelajar itu merupakan sebahagian daripada 25 pelajar tingkatan lima kolej itu yang mengikuti program perkhemahan tiga hari dua malam di gunung berkenaan, diiringi enam guru. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment