Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment


LIMA anak kapal terbunuh apabila sebuah pesawat operasi khas Tentera Udara India (IAF) jenis Super Hercules C-130J terhempas berhampiran Gwalior di Madya Pradesh hari ini, lapor Hindustantimes.com.

“Sebuah pesawat C-130J terhempas di lokasi 115km barat dari Pangkalan Udara Gwalior, pesawat itu berlepas dari Agra pada pukul 10 pagi untuk satu latihan penerbangan rutin. Siasatan segera sudah diarahkan untuk mengenalpasti punca nahas berkenaan,” kata jurucakap IAF.

Menurut polis di daerah Jaipur, pegawai kanan polis termasuk Supritendan Polis Karauli bergegas ke tempat kejadian di sempadan Rajastha dan Madhya Pradesh.

Pada 2008, India menandatangani perjanjian bernilai US$1.2 Bilion Dolar Amerika dengan Amerika Syarikat untuk pembelian enam pesawat C-130J berkenaan.

IAF telah pun merancang untuk membeli lagi enam pesawat berkenaan selepas pembelian pertama - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment