Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

Laluan pusingan baru yang dibuat secara tiba-tiba oleh pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu, telah diprogramkan ke dalam komputer dalaman tidak lama sebelum pembantu juruterbang memberi isyarat pelepasan kepada pengawal trafik udara, menurut satu sumber kepada NBC News.

Menurut sumber itu lagi, penukaran haluan itu dibuat sekurang-kurangnya 12 minit sebelum Fariq Abdul Hamid mengucapkan, “Baiklah,selamat malam (‘All Right, Good Night’),” kepada pengawal di darat.

Pendedahan ini menjadi petunjuk bahawa kehilangan misteri pesawat itu mungkin telah dirancang dan dilaksanakan dalam kokpit sebelum pengawal terputus hubungan dengan MH370.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi penanda kepada matlamat yang tersembunyi.

“Sesetengah juruterbang akan memprogramkan pelan penerbangan alternatif sekiranya berlaku kecemasan,” kata Greg Feith, yang merupakan bekas ahli penyiasat kemalangan Jabatan Keselamatan Transportasi Nasional Amerika Syarikat dan penganalisis NBC News.

Ulasnya lagi, “Kita tidak tahu jika ini adalah sebuah perancangan gantian untuk kembali ke Kuala Lumpur atau cubaan untuk membawa pesawat itu ke tempat lain selain destinasi sepatutnya, iaitu Beijing.”

Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dikatakan telah mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat itu merentasi utara Selat Melaka, selatan Pulau Phuket,Thailand dan seterusnya menuju ke sebelah barat Semenanjung Malaysia; beratus-ratus kilometer menyimpang daripada haluan sepatutnya.

Menurut pihak berkuasa pada Sabtu lalu, pesawat itu berubah haluan secara tergesa-gesa akibat “tindakan sengaja oleh seseorang di dalam pesawat itu,”

Haluan penerbangan telah ditukar dengan memasukkan kod navigasi ke dalam Sistem Pengurusan Penerbangan (FMS), iaitu sistem komputer kokpit yang mengawal kapal terbang itu ke arah rancangan penerbangan yang dipilih oleh juruterbang.

Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) melakukan transmisi menurut maklumat yang dihantar oleh FMS, yang seterusnya akan dihantarkan kembali ke pangkalan penyelenggaraan syarikat penerbangan itu.

Fungsi sistem itu terhenti secara tiba-tiba. Ia tidak jelas sama ada ia ditutup sebelum atau selepas hubungan lisan terakhir MH370 dengan pengawal daratan, ulas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya kepada pemberita,Isnin lalu.

Sumber memberitahu NBC News bahawa sesiapa yang menukar program FMS itu arif dan tahu apa yang mereka lakukan.

“Hal ini merupakan satu rancangan yang sangat rumit ,” kata Ross Aimer, yang mereukan bekas perintis United Airlines yang berpengalaman menerbangkan beberapa pesawat Boeing 777.

“Mereka memerlukan latihan yang amat ekstensif untuk memastikan rancangan itu berjaya,” tambahnya lagi.

Sementara itu,pihak berkuasa meneruskan misi pencarian pesawat yang hilang itu.

Kawasan carian telah berkembang secara besar-besaran seluas 2.24 juta batu nautika persegi yang telah dibahagikan kepada 14 seksyen grid, kata pegawai tempatan, semalam. Australia,China,Indonesia dan Kazakhstan telah menerajui usah pencarian ini dengan meneroka kawasan yang terdekat dengan sempadan negara mereka.

0 comments:

Post a Comment