Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment


MENURUT seorang penganalisis penerbangan untuk stesen berita CNN berkata ketika semua bukti menunjukkan kesalahan seseorang juruterbang pada ketika itulah biasanya juruterbang itu sebenarnya menjadi wira.

Mary Schiavo yang bertugas di CNN dengan peranan itu sebelum ini merupakan bekas pegawai di Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Beliau mengulas mengenai kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12 hari ini sejak 8 Mac lalu.

Ketika ini beberapa petunjuk diperolehi dalam siasatan menunjukkan pesawat itu mengubah haluan penerbangannya yang sepatutnya ke Beijing dengan sengaja.

Ia dikatakan mungkin dilakukan oleh seseorang yang begitu arif dengan penerbangan pesawat.

“Saya telah bekerja dengan banyak kes yang juruterbang dilihat sebagai suspek tetapi pada akhirnya ia adalah disebabkan oleh masalah teknikal yang terlalu teruk.

“Ada beberapa kes, jejak penerbangan yang melampau dikenalpasti rupa-rupanya sebagai tindakan seorang wira dan bukan keganasan,” katanya menurut laporan laman web CNN.

Beliau turut sentiasa mengingatkan dirinya sendiri supaya tidak segera membuat kesimpulan berkenaan sesuatu kes.

“Kadangkala, juruterbang menghadapi pertarungan besar ketika bertugas dalam menyelamatkan penumpang dan kita tidak akan mengetahui langsung mengenai cerita mereka,” katanya.

Bagi wartawan New York Times, Michael Schimdt pula berkata perkembangan terbaru ini yang mengatakan bahawa sistem transponder di dalam kokpit pesawat telah dimatikan dengan sengaja menunjukkan kemungkinan lebih kuat bahawa pesawat MH370 telah dilarikan.

“Dalam misteri ini, kita mempelajari petunjuk yang sedikit tetapi kemudian diberikan dengan tanda tanya yang begitu banyak,” kata Michael.

Sehingga waktu ini, terdapat bukti semalam bahawa seseorang di dalam pesawat telah mengubah tetapan komputer dan juga maklumat data satelit terbaru dari Tentera Thailand bahawa pesawat MH370 memang terbang melalui merentasi Semenanjung Malaysia.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment